skip to main | skip to sidebar

Koleksi Resepi Power

Coretan Dari Dapur Ke Dapur Bloggers

Tilapia Goreng Belada


RESEPI DARI DAPUR ► PERIUK TANAH

Bahan-bahan:
2 ekor ikan tilapia saiz sederhana (hitam atau merah...dua-dua boleh)- siang dan bersihkan dengan asam jawa atau limau kasturi
**4 biji cili merah saiz XL
**4 biji cili hijau saiz XL
**3- 5 biji cili padi akar -ikut citarasa pedasnya
Bertnda** biarkan sebiji-sebiji, tak perlu dipotong

1 sudu teh asam jawa Xtra Adabi
1/2 sudu teh belacan siap dibakar
3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih- kupas kulit sahaja, tak perlu dihiris
1 labu bawang besar- hiris bentuk gelang

sedikit minyak dan air
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Goreng dalam minyak yang banyak hingga separa garing. Angkatdan ketepikan

2. Menggunakan minyak yang sama, goreng cili merah, cili hijau, cili padi, bawangmerah dan bawang putih selama 3 minit atau bahagian luar cili dan bawang layu. Angkat dan kisar bersama belacan menggunakan pengisar kering. Kalau ditumbuk lagi bagus sebab kita tak nak tekstur sambal terlampau halus.

3. Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar hingga layu. Masukkan sambal yang telah ditumbuk tadi dan tambahkan sedikit air. Masukkan asam jawa xtraAdabi (atau 1 sudu besar air asam jawa) dan tumis hingga sambal pekat dan agak kering. Tambah garam dan gula secukup rasa.

4. matikan api dan tuangkan sambal goreng di atas ikan... sedia dihidang..
►Tilapia Goreng Belada
0 comments

Masak Lemak Patin Pucuk Ubi


RESEPI DARI DAPUR ► MAS-DAPURMAS

Bahan :
* 2 ketul ikan patin
* 1 ikat pucuk ubi
* 2 cawan santan - boleh letak lebih jika suka
* asam keping - ikut masam
* sedikit kiub ikan bilis
* 1 batang serai - dititik
* Garam jika perlu dan secubit gula
* * 2 biji cili merah
* * 4 biji bawang merah
* * 1 ulas bawang putih
* * 3/4 inci kunyit hidup
* * sedikit garam kasar
* * 1/2 gengam ikan bilis - rendam kejap dan toskan

Cara :
1. Cuci bersih2 patin dengan cara perap dengan asam jawa @ jus limau + garam dan biarkan dalam 15 minit. Cuci kembali dan toskan. Dan ulangi sekali lagi langkah tadi.
2. Rebus pucuk ubi sekejap hingga bertukar warna hijau gelap dan toskan kemudian potong2. Ketepikan.
3. Kisar halus bahan2 bertanda * dan satukan dengan santan, serai yang dititik dan asam keping dan masak atas api perlahan hingga mendidih. Masukkan patin dan biar mendidih 2 - 3 minit.
4. Boleh tambah garam (jika perlu), kiub ikan bilis dan secubit gula. Masak untuk 1 - 2 minit lagi dan dan masukkan pucuk ubi dan kacau perlahan, biarkan 2 minit dan boleh matikan api.
5. Sedap dimakan dengan nasi panass...
►Masak Lemak Patin Pucuk Ubi
0 comments

Roti Lapis Berdaging


RESEPI DARI DAPUR ► MAMA WANDIHA

Bahan-bahan
* 3 biji kentang di potong dadu
* 500gm daging cincang
* 1 biji bawang besar
* 3 ulas bawang putih
* 1 sudu besar serbuk kari
* 1 sudu besar sos tomato (ini MaDiHaA tambah)
* 2 sudu besar sos cili (ini MaDiHaA tambah)
* 3 sudu makan minyak untuk menumis
* 12-14 keping roti
* 500ml susu segar
* 3 biji telor
* secubit garam (letak lebih sikit.. letak secubit macam takde rasa garam..itupun masih kurang masin jugak hehe..)
* Parutan cheese (banyak ikut suka) (MaDiHaA guna mozarella)
* Sedikit marjerin untuk melenser

Cara-cara
1. Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam+sos tomato+sos cili.
2. Satukan Susu+telor+ garam.
3. Pukul susu+telor+garam hingga sebati.
4. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi.
5. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi.
6. lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit marjerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas.
7. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti.
8. Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
9. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka).
10. Bakar dengan api sederhana selama 30-45 mins atau sampai lidi tak lekat.
11. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka.
12. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos.
►Roti Lapis Berdaging
0 comments

Daging Hitam Berempah Madu


RESEPI DARI DAPUR ► UMMIZAIHADI
Bahan:-
* 500 gm daging batang pinang - dihiris nipis
* 2 batang serai - diketuk
* 1 inci halia - diketuk
* air secukupnya untuk rebus daging (1 1/2 cwn.)
* *2 sb. rempah kari daging )
* *1 sb. rempah kurma ) *gaul bersama
* *1 st. serbuk ketumbar )
* *1 sb. serbuk cili kering - yg. kasar )
* 4 sb. kicap pekat manis (kalau nk lebih hitam & sedap, gunakan kicap ABC Heinz)
* 1 sb. sos Honey BBQ Blackpepper (tengok gambar Sini, kalau xda, campurkan 1 1/2 sb. sos blackpepper, 3 sb. madu & 2 sb. sos bbq)
* 1 st. cuka
* 3 sb. madu
* 1 st. gula (optional)
* garam secukup rasa
* minyak untuk menumis

Bahan Tumbuk:-
* 5 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1 cm halia

Cara Memasak:-
1. Daging direbus dengan air secukupnya dan masukkan serai dan halia yang diketuk. Rebus hingga empuk. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga wangi dengan api sederhana.
3. Masukkan serbuk kari daging, serbuk kurma, serbuk cili kering, serbuk ketumbar dan serai yang direbus bersama daging tadi. Kacau sebentar.
4. Masukkan daging dan kacau balik rata-rata.
5. Tambah kicap pekat manis, cuka, sos honey BBQ, madu dan garam secukup rasa.
6. Tambah sedikit air jika terlalu kering. Masak hingga rempah meresap dan naik berminyak.
7. Seimbangkan rasa dan tutup api. Hidangkan dengan nasi putih atau nasi minyak.
►Daging Hitam Berempah Madu
0 comments

Kuih Lapis Koko


RESEPI DARI DAPUR ► KAKSU72

Bahan-bahan.
1 1/2 cwn tepung gandum
2 sb rata tpng beras
2 sb rata tpng jagung
1 sk garam
1 cwn gula pasir
5 cwn santan
3 sb rata serbuk koko
4 sb air suam utk bancuh koko.
pewarna kuning- kak su buat kaler hijau

Cara-cara.
1. Satukan kesemua tepung didlm mangkuk.Masukkan garam dan gula pasir.
2. Masukkan pula santan dan gaul sebati.(saya masuk dlm blender kesemuanya)
3. Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna kuning dan satu lagi letak bancuhan koko.
4. Panaskan kukus dan balut penutupnya dngn kain.
5. Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya.
6. Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi.Masukkan adunan koko 1 senduk dan kukus selama 5 minit.
7. Setelah itu lapis pula adunan kuning selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
8. Lapisan akhir sekali kukus selama 15 minit.
9. Bila dah siap, sejukkan selama 1 jam dan boleh di potong.
►Kuih Lapis Koko
0 comments
Older Posts ↭
Subscribe to: Posts (Atom)

Dapur Bloggers

  • Daging Hitam Berempah Madu
  • Ikan Kembong Masak Kicap
  • Karipap Inti Daging
  • Kuih Lapis Koko
  • Masak Lemak Patin Pucuk Ubi
  • Roti Lapis Berdaging
  • Tilapia Goreng Belada
  • ►Periuk Tanah
    Jalan2 Cari Makan
    Posting Terkini ► 4 years ago
  • ►Mas Duniaku
    Resepi Mee Kari yang sedap dan mudah
    Posting Terkini ► 6 years ago
  • ►AzatieSayang
    NOVEMBER DATANG LAGI..!!
    Posting Terkini ► 6 years ago
  • ►Mama WanDiha
    Ghetuk Pisang
    Posting Terkini ► 7 years ago
  • ►KakSu 72
    Birthday cake
    Posting Terkini ► 10 years ago
  • ►Ummi Zaihadi
    Pulut Kuning Berlapis Lagi Bertingkek..Suka-Suki Jer
    Posting Terkini ► 10 years ago
  • ►Anis'S Diary
    DAGING MASAK MERAH JOHOR...
    Posting Terkini ► 11 years ago

MUSIK▼RADIO▼TV ONLINE

RESEPI▼MASAKAN▼MAKANAN

 
5 columns blog template by Maya